Saya Pelajar Tingkatan 4

Saya bersekolah di SMK Paya Kemunting , Jitra , Kedah. Sekolah yang terletak lebih kurang 4km dari bandar Jitra . Sekolah ini juga boleh dikategorikan sebagai sekolah sukan kerana telah berjaya menjadi johan sukan daerah Kubang Pasu 2009 dan 2011 dan telah berjaya mengalahkan sekolah sukan negeri.

Berkaitan dengan subjek kegemaran sudah semestinya subjek kimia, matematik tambahan,matematik dan prinsip perakunan. Guru-guru yang mengajar subjek-subjek tersebut memang yang terbaik.Guru kimia ialah seorang guru praktikal,Cik Rose Amirah,beliau ialah seorang yang lembut,murah dengan senyuman dan konsep yang diajari oleh beliau sangat mudah dikuasai oleh anak didik beliau.Guru matematik tambahan , Puan Engku Asilah Azni.Beliau seorang guru yang tidak jemu-jemu mengajar anak didiknya.Beliau akan menerangkan cara-cara mengira sehingga kami faham.Guru matematik pula, Puan Salmah. Beliau seorang yang penyayang.Suka cara beliau mengajar kerana beliau mengajar dengan menggunakan kaedah yang paling senang.Subjek prinsip perakunan, Puan Nazirah. Beliau seorang yang agak tegas tetapi senyuman sentiasa di pipi ..hehe .. Cara beliau mengajar sangat berkesan.

Kenangan manis? Saya dan dua orang rakan telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Solar Cooking With Nature peringkat negeri. Walaupun hanya meraih tempat ke-2,kami bersyukur kepada Illahi kerana projek kami dibuat dalam masa yang sangat singkat.

url bpm ~
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/


0 comments: